Kenapa Bisa Tak Solat hidup senang. Solat tapi hidup susah?
Cuba
berborak dengan orang yang tidak pernah solat. Tanya dia kenapa tidak
solat. Tak takut dosa ker. Jika dijawabnya malaslah, tak sempatlah namun
dalam masa yang sama dalam diri dia tetap ada rasa bersalah, dia
berdosa tapi iman masih ada dalam diri dia.
Namun demikian, jika dijawabnya, tak solatpun boleh hidup senang lenang,
tak ada masalah pun. Jika disambung lagi, tengok orang yang solat tak
pernah tinggal tapi hidup susah memanjang. Apa guna solat katanya. Itu
tandanya imamnya makin goyang. Tak mustahil dia boleh tergelincir
akidah. Apatahlagi jika dia anggap solat tidak wajib sudah sah gugur
akidah dia. Nauzubillahi min zalik.
Banyak orang tidak solat sebab inilah. Sebab pertama dia ukur diri dia. Kedua dia ukur orang lain.
Bila dia ukur diri dia - dia tak solat tapi hidup tetap gembira. Duit
senang lenang. Bisnes maju. Tidak pernah rasa sakit. Tidak pernah rasa
bimbang. Makan berselera macam biasa. Jadi dia rasa tak ada bezanya dia
solat ke tidak. Buat apa susah-susah solat kalau semua yang dia nak ada
depan mata.
Ukuran kedua dia lihat orang lain. Orang lain yang hari-hari ke masjid,
solat wajib tidak pernah tinggal, solat sunat hari-hari buat tapi dia
tengok orang tu tak sesenang diapun. Naik motor buruk macam tu jugak.
Rumah dinding papan buruk berbumbungkan zink bertampal-tampal macam tu
jugak. Patutnya dia rajin solat, Allah dah bagi rezeki melimpah ruah
dekat dia. Tapi tak adapun. Akhir sekali ukuran jahil dia kata kalau
macam tu baik tak payah solat kalau gitu.
Ramai golongan macam ni dalam masyarakat. Solat dianggap tidak bernilai.
Bahkan lebih teruk anggap solat boleh menyekat rezeki. Semuanya kerana
cetek ilmu agama. Ada satu kisah menarik untuk saya kongsikan. Dalam
majlis agama selalu sebut kisah ni untuk teladan.
Ada dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, seorang lagi muslim
yang taat kepada Allah. Ketika menebar jala, nelayan yang menyembah
berhala menyebut nama berhalanya, manakala nelayan muslim itu membaca
bismillah. Bila tiba masa jala diangkat, nelayan penyembah berhala
mendapat banyak ikan, sedangkan nelayan muslim tadi, tidak memperolehi
seekorpun. Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada Allah " Ya
Allah, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, Kau
berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambamu yang menyebut namaMu,
Kau tidak memberikan dia apa-apa." Allah menjawab, “ Yang
menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti Neraka. Maka apalah sangat
rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadanya? Tetapi
hambaKu yang beriman itu, Aku hendak memberi ganjaran syurga, maka Aku
suka mengujinya untuk melihat kebenaran imannya”.
Saya pasti ramai yang pernah dengar cerita ini termasuk orang yang tidak
solat tersebut. Peringatan dari Allah amat jelas. Sama ada kita nak
faham atau tidak itu jer.
Jangan bersangka baik dalam keadaan kita gembira kerana tidak solat.
Tidak solat bermakna lain-lain ibadat kita - puasa, zakat, sedekah tidak
bernilai di sisi Allah. Azab akhirat pasti tersedia jika kita dijemput
dalam keadaan kita tidak pernah mengenal sejadah.
Sumber :ahmadraje.blogspot.my
No comments:
Post a Comment