Amalan Anak Untuk Ibu Bapa Yang Sudah Meninggal Dunia. Rugi Kalau Tak Amalkan!
السَّلاَمُ عَلَيْكُم
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Segala
puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat
junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan
pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Ibu
bapa adalah orang yang paling berjasa kepada anak-anaknya. Bermula
daripada kesusahan ibunya mengandung selama 9 bulan 9 hari. Kesusahan
melahirkan anak-anak dan menyusukan dan membesarkan mereka.
Bagi
anak-anak jasa dan pengorbanan ibu bapa sangat besar nilainya. Mereka
dengan penuh rasa tanggungjawab membesar, mendidik dan memelihara
anaknya hingga menjadi manusia yang berguna kepada masyarakat dan
negara. Seorang anak yang diasuh dan dididik dengan nilai agama,
hendaklah memberi penghormatan dan kasih sayang sewajarnya kepada
mereka.
Kita
hendaklah menunjukkan rasa terima kasih dengan sentiasa berbuat baik
dan tidak melanggar segala perintahnya, menjaga perasaannya jangan
sampai terluka serta menjaganya ketika mereka dalam tua atau uzur.
Sememangnya,
kedudukan atau darjat ibu bapa di sisi Allah sangat mulia dan tinggi
sekali, sehingga menjadi sebagai ukuran penentu bagi keredaan dan
kemurkaan Allah. Ini sebagaimana sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud:
"Keredaan Allah terletak pada keredaan ibu bapa dan kemurkaan Allah pula
terletak pada kemurkaan ibu bapanya." (Hadis riwayat at-Tirmizi dan
Hakim).
Berdasarkan
maksud hadis di atas, seharusnya sebagai insan yang memiliki
kesempurnaan akal, kita berusaha untuk mencapai keredaan ibu bapa. Namun
dalam masyarakat kita, lebih-lebih lagi pada zaman sekarang ini,
kenyataannya masih ramai yang belum insaf dan tidak prihatin terhadap
keterangan hadis di atas. Mereka dengan rasa tanpa segan silu, melakukan
penderhakaan terhadap ibu bapa yang banyak berjasa.
Sahabat yang dimuliakan,
Setiap
yang hidup anak mati , mati tetap datang kepada sesiapa sahaja tanpa
mengira umur apabila saatnya sampai maka dia akan dijemput oleh Allah
SWT untuk bertemu dengan-Nya di alam barzakh.
Apabila
ibu atau bapa kita sudah meninggal dunia atau kedua-duanya sudah
kembali kerahmatullah, sebagai anak apakah hadiah dan bantuan terbaik
yang dapat kita berikan tanda kita kasih dan sayang kepada kedua ibu
bapa kita? , dan sebagai tanda penghargaan kita sebagai seorang anak
yang soleh atau solehah?
Terdapat
dalam hadis yang diriwayatkan oleh Luqman Hakim bahawa seorang sahabat
bertanya Nabi SAW mengenai apakah jasa yang boleh dilakukan oleh anak
kepada kedua ibu bapanya yang telah meninggal dunia.?
"Setiap
kali Rasulullah SAW mengadakan majlis iaitu tempat baginda mengajar
umatnya, ia sentiasa di penuhi oleh orang ramai. Pada suatu hari ketika
baginda sedang duduk di sekeliling oleh para sahabat, datanglah seorang
lelaki yang bernama Usaid bin Malik bin Rabiah menghadapnya. Dia adalah
seorang pahlawan Islam yang sangat berani.
Setiap
kali Nabi SAW mengadakan majlis itu, Usaid sentiasa menghadirinya. Dia
merasakan segala nasihat-nasihat tentang agama dan ilmu itu sangat
penting baginya. Ketika mereka sedang asyik mendengar syarahan dari
baginda, tiba-tiba datang seorang lelaki dari golongan Bani Salmah.
Sebaik sahaja dia masuk kemajlis itu dengan hormat dia pun bertanya
kepada Rasulullah SAW :
“Ya
Rasul Allah, masih dapatkah saya berbuat baik terhadap ibu bapa saya
meskipun mereka telah meninggal dunia. Semasa mereka masih hidup saya
telah berbuat baik terhadap mereka mengikut apa yang terdaya oleh saya.
Saya sentiasa berfikir apakah yang boleh saya lakukan setelah keduanya
meninggal dunia.”
Rasulullah SAW menjawab yang bermaksud :
“Ya…dapat,
sembahyangkanlah untuk kedua ibu bapa kamu, mohon keampunan untuk
keduanya, laksanakanlah wasiatnya dan eratkanlah silaturahim dengan
orang-orang yang kedua ibu bapa kamu lakukan serta muliakanlah teman
kedua ibu bapa kamu.”
Sebaik
sahaja mereka terdengar jawapan dari Rasulullah SAW itu mereka terdiam
seketika tetapi di wajah masing-masing terbayang kegembiraan. Lelaki
yang bertanya tadi masih tidak faham akan jawapan yang di berikan oleh
Rasulullah SAW, lantas dia meminta baginda menerangkan sekali lagi.
Rasulullah
SAW tersenyum mendengar kata-kata lelaki itu lantas baginda pun
bersabda yang bermaksud “Apabila meninggal dunia seorang anak Adam maka
putuslah segala amalannya kecuali tiga iaitu :
1. Sedekah yang di tinggalkan semasa hidup.
2. Ilmu yang di menfaatkan dan
3. Anak yang soleh yang mendoakan kedua ibu bapanya.”
Setelah
Rasulullah SAW berkata begitu barulah lelaki itu faham dan mengucapkan
terima kasih yang tidak terhingga kepada Nabi SAW kerana telah memberi
sesuatu yang besar menfaatnya kepada yang hidup maupun yang telah mati.”
(Hadis Riwayat Luqman Hakim)
Berdasarkan
hadis di atas terdapat beberapa amalan yang boleh dilakukan oleh
seorang anak untuk kedua ibu bapanya yang telah meninggal dunia iaitu :
1. Sembahyangkan untuk mereka.
2. Mohon keampunan untuk mereka.
3. Laksanakan wasiat yang mereka tinggalkan.
4. Eratkanlah silaturahim dengan orang-orang yang mereka lakukan
5. Muliakanlah teman-teman mereka.
6.
Doakan kepada mereka. (Setiap selepas solat fardu berdoalah kepada
Allah SWT untuk kedua ibu bapa supaya Allah SWT mengampunkan semua
dosa-dosa mereka)
Selain
daripada perkara-perkara diatas seorang anak yang soleh atau solehah
akan melakukan beberapa perkara kebaikan untuk membantu ibu bapa mereka
yang sedang berada di alam barzakh sebagai ikhtiar dan usaha-usaha untuk
membantu mereka beroleh kebaikan dan tambahan pahala yang berterusan.
1.
Banyakkan bersedekah terutama sedekah jariah (pembinaan sekolah agama,
masjid, rumah anak yatim dan mewakafkan tanah perkuburan orang Islam)
niatkan untuk mereka.
2. Sedekahkan al-Quran, buku-buku Islam di sekolah-sekolah agama atau maahad tahfiz atau dimasjid-masjid niatkan untuk mereka.
3.
Selalu sedekahkan al-Fatihah, surah al-Ikhlas, surah al-Falaq dan surah
an-nas, surah Yasin, surah al-Baqarah dan ayat-ayat al-Quran yang lain
untuk mereka. Sebaik-baik yang membacanya adalah kita sendiri sebagai
seorang anak.
Sedekah bacaan al-Quran menurut majoriti ulama ahli sunah waljamaah sampai kepada simati :
Abu
al-Lajlaj Abu Khalid (seorang sahabat) mendengar Nabi SAW menggalakkan
para sahabat membaca ayat suci al-Quran di bahagian kepala dan kaki si
mati di atas kubur. Lalu mewasiatkan amalan tersebut kepada anaknya
supaya berbuat demikian.
Abd
Rahman bin al-A’la bin Lajlaj daripada bapanya, katanya : berkata Abu
al-Lajlaj Abu Khalid : “Wahai anakku, apabila aku meninggal dunia
kebumikanlah aku. Apabila kamu meletakkan jasadku di liang lahad,
bacalah:
“Dengan
nama Allah dan atas agama Rasulullah SAW, Kemudian curahkanlah tanah
dengan cermat ke atasku. Kemudian bacalah disisi kepalaku permulaan
surah al-Baqarah dan penutupnya, kerana aku telah mendengar Rasulullah
SAW bersabda sedemikian.” (al-Thabrani, Mu’jam al-Kabir, 1982, Maktabah
al-Ulum Wal Hikam, hlm 220 juz 19)
Di
dalam kitab al-Azkar di bawah tajuk: “Apa yang perlu dibaca selepas
pengebumian?. Imam al-Nawawi menyebutkan: “Al-Syafie dan para sahabat
(ulamak Syafi’iyyah) mengatakan: “Disunatkan membaca disisi kubur
sesuatu daripada ayat al-Quran. Mereka mengatakan: Jika mereka
mengkhatamkan al-Quran kesemuanya maka itu adalah (sesuatu yang) baik.”
(al-Nawawi, al-Azkar, Dar al-Makrifah: Beirut, 1996, hlm. 142 )
Imam
al-Hassan bin al-Sobbah al-Za’farani berkata: “Aku bertanya kepada
al-Syafi’ie tentang bacaan al-Quran di kubur. Lalu beliau menjawab:
“Tidak mengapa. Al-Khallal meriwayatkan daripada Al-Sya’bie katanya:
“Orang Ansar apabila berlakunya kematian dikalangan mereka, maka mereka
selalu mengunjungi kuburnya untuk membaca al-Quran di sisinya.”
4.
Selesaikan semua hutang-hutang mereka samaada hutang sesama manusia
atau hutang dengan Allah SWT. Jika hutang sesama manusia tidak
diselesaikan roh mereka akan tergantung di antara langit dan bumi.
Hutang dengan Allah SWT adalah nazarnya (jika ada). fidyah kerana
meninggalkan puasa.
Jika
ibu bapa mempunyai hutang dengan bank seperti rumah, kereta dan
lain-lain pinjaman tersebut melalui cara riba maka tukarkanlah pinjaman
tersebut kepada cara muamalah Islam dan tukar hak milik kepada
anak-anak, kerana berat dosanya yang ditanggung oleh ibu bapa di alam
barzakh.
5. Jika ibu bapa belum menunaikan haji maka kita boleh upahkan haji untuk mereka (niatkan upah haji untuk mereka).
6.
Beramal dengan amalan Islam. Semua anak-anak yang masih hidup apabila
mereka tidak mengamalkan cara hidup Islam dengan melakukan maksiat dan
dosa, anak perempuan tidak menutup aurat, bergaduh sesama adik beradik
kerana harta pusaka semua tindakkan ini menyusahkan dan membebankan ibu
bapa kita yang berada dialam barzakh. Ibu bapa akan menyesal kerana
mereka tidak mendidik anak-anak mereka dengan cara hidup Islam hingga
mereka melakukan maksiat kepada Allah SWT.
Ketika
ini penyesalan sudah tidak berguna lagi kerana perkara tersebut sudah
berlaku. Tetapi untuk anak-anak pula macamana mereka hendak membantu ibu
bapa mereka yang sudah mati tadi? Maka mereka perlu beramal soleh,
beramal ibadah dan beramal kebaikan kerana semua pahala yang kalian buat
akan membari saham yang besar kepada ibu bapa kalian yang sedang
menderita di alam barzakh.
Amalkanlah
ilmu yang diajarkan oleh kedua ibu bapa kalian maka mereka akan
mendapat pahala ilmu yang bermanfaat. Banyakkan sedekah jariah dan
niatkan untuk ibu bapa maka ibu bapa kalian akan mendapat pahala sedekah
jariah.
Sahabat yang dikasihi,
Teruskan
berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT. Apabila kita selesai solat
fardu atau ketika berada diwaktu-waktu akhir malam , waktu mustajab doa
maka berdoalah untuk kesejahteraan ibu bapa kita yang telah meninggal
dunia :
Segala
puji bagi Allah yang telah memerintah kami untuk bersyukur dan berbuat
baik kepada ibu dan bapa, dan berwasiat agar kami menyayangi mereka
berdua sebagaimana mereka telah mendidiki kami sewaktu kecil.
Ya Allah sayangilah kedua orang tua kami. Ampuni, rahmati dan redhailah mereka.
Ya
Allah ampunilah mereka dengan keampunan menyeluruh yang dapat
menghapuskan dosa-dosa mereka yang lampau dan perbuatan buruk yang terus
menerus mereka lakukan.
Ya
Allah, berbuat baiklah kepada mereka sebanyak kebaikan mereka kepada
kami setelah dilipatgandakan, dan pandanglah mereka dengan pandangan
kasih sayang sebagaimana mereka dahulu memandang kami.
Ya Allah berilah mereka hak rububiyah-Mu yang telah mereka sia-siakan kerana sibuk mendidik kami.
Maafkanlah segala kekurangan mereka dalam mengabdi kepada-Mu kerana mengutamakan kami.
Maafkanlah mereka atas segala dosa, maksiat dan syubahat yang mereka jalani dalam usaha menghidupkan kami.
Ya
Allah berilah mereka bagian ganjaran dari ketaatan yang Engkau
hidayahkan kepada kami, kebaikan yang Engkau mudahkan bagi kami, dan
taufiq yang telah mendekatkan kami kepada-Mu.
Dan
jangan bebankan kepada mereka segala dosa dan kesalahan yang kami
lakukan dan tanggungjawab yang kami abaikan. Dan janganlah tambahkan
dosa kami ke atas dosa mereka.
Bagi
ibu bapa dan nenek moyang kami yang telah meninggal, berikanlah mereka
rahmat yang menerangi pembaringan mereka di kubur dan rahmat yang
menimbulkan rasa aman ketika manusia merasa ketakutan saat dibangkitkan.
Jadikanlah lubang kubur mereka daripada taman-taman syurga. Jauhkan
lubang kubur mereka salah satu daripada lubang-lubang api neraka.
Ya
Allah lemah lembutlah kepada mereka yang berbaring di kubur dengan
kelembutan yang melebihi sikap lembut mereka kepada kami di masa hidup
mereka.
Ya
Allah janganlah sampaikan kepada mereka berita tentang kami yang
mengecewakan mereka, dan jangan bebankan dosa-dosa kami kepada mereka.
Jangan
hinakan mereka di hadapan pasukan kematian, malaikat Munkar dan Nakir
dengan perbuatan-perbuatan hina dan mungkar yang kami lakukan.
Senangkanlah
roh mereka dengan amal-amal kami di tempat pertemuan para arwah, ketika
orang yang soleh bergembira dengan putera-puteri mereka yang soleh.
Janganlah jadikan mereka ternoda oleh perbuatan buruk kami.
Ya
Allah jadikanlah kami penyejuk hati mereka pada hari berdirinya para
saksi. Dan jadikanlah mereka orang-orang yang paling cemburu dengan
keberhasilan anak-anak mereka hingga Engkau kumpulkan kami, mereka dan
segenap kaum muslimin di negeri kemuliaan-Mu, tempat menetapnya
rahmat-Mu, dan tempat para wali-Mu bersama orang-orang yang Engkau beri
kenikmatan,
Yaitu, para nabi, shiddiqin, syuhada dan solihin, mereka itulah sebaik-baiknya teman.
Demikianlah
kurnia dari Allah dan Allah cukup mengetahui. Selawat dan salam semoga
dilimpahkan Allah kepada junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W, keluarga
dan para sahabat baginda.
Walhamdulillahi Rabbil `Aalamin. Amin
No comments:
Post a Comment