Keadaan Malam Pertama Di Alam Barzakh Setelah Kita Dimasukkan Ke Liang Lahad. Mohon Kongsikan...
Setiap
detik pasti ada orang yang meninggal dunia dan pada setiap detik juga
pasti ada bayi yang baru dilahirkan. Begitulah rutin kehidupan dunia
ini. Yang hidup akan mati, yang pergi akan digantikan dengan yang baru.
Kita di dunia adalah umpama seorang musafir yang singgah sebentar
berteduh di bawah sebatang pokok. Kemudian dia akan meneruskan
perjalanannya ke alam kubur ataupun alam barzakh.
Menurut
kamus Mukhtar al-Shahhah oleh Abu Bakr al-Razi, barzakh bermaksud
dinding pembatas antara dua benda. Berdasarkan (iktikad) Ahl al-Sunnah
wa al-Jama'ah, setiap manusia akan berada di dalam satu alam yang
dinamakan alam barzakh. Ia terletak di antara alam dunia dan alam
akhirat. Hal ini bersesuaian dengan firman Allah S.W.T di dalam surah
Al-Mukminun ayat 99-100:
Kesudahan
golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah
seorang di antara mereka, berkatalah dia: “Wahai Tuhanku, kembalikanlah
daku (hidup semula di dunia) - supaya aku mengerjakan amalan soleh dalam
perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan kau akan
dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang dia sahaja
yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka alam barzakh (dinding)
hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada Hari Kiamat).
Seseorang
yang sudah mati dan berada di alam barzakh dapat menjangkakan sama ada
dia akan mendapat kenikmatan atau kesengsaraan di akhirat kelak. Perkara
ini disebut dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam
al-Tirmidzi, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya
kubur itu ialah penginapan pertama antara penginapan akhirat, maka
sekiranya seseorang itu terlepas dari seksaannya, maka apa yang akan
datang kemudiannya akan lebih mudah lagi dan seandainya seseorang itu
tidak terlepas (kandas) daripada (seksaannya), maka yang akan datang
sesudahnya akan lebih sukar (keras, berat)."
Dr
A’idh Abdullah al-Qarni menulis di dalam sebuah bukunya yang cukup
terkenal bertajuk “Malam Pertama Di Alam Kubur”: Seorang penyair arab
pernah mendendangkan syairnya:
Aku
tinggalkan tempat tidurku pada satu hari, kemudian aku terserkap
membisu. Aku telah berpindah dari satu tempat menuju tempat lain. Aku
berangkat pergi dari ranjang tidur dalam istanaku menuju alam lain.
Kubur adalah malam pertama. Demi Allah katakanlah apa yang terjadi pada
malam tersebut .Yang Allah pasti mentakdirkannya pada setiap hamba.
Rasulullah
s.a.w bersabda: “Apabila si mati dikuburkan.., datanglah kepadanya dua
Malaikat hitam legam, lagi biru (matanya), salah satu di antaranya
disebut dengan nama “Munkar” dan yang satulagi disebut dengan nama
“Nakir”, (lalu keduanya mendudukan si mati itu setelah dikembalikan
rohnya ke dalam jasadnya) kemudian mereka menyoalnya:”Apa yang pernah
engkau katakan mengenai orang ini (Muhammad s.a.w)?” (dan pada satu
riwayat oleh Abu Daud:
Mereka
bertanya kepadanya: “Apa yang engkau pernah sembah?” Maka kalau Allah
memberi hidayah pertunjuk kepadanya, ia akan menjawab dengan berkata:
“Aku menyembah Allah!” Kemudian ia ditanya lagi: “Apa yang engkau pernah
katakan mengenai orang ini (Muhammad s.a.w)?” (Dan pada satu riwayat
yang lain, oleh Abu Daud juga: Mereka menyoalnya dengan berkata: “Siapa
Tuhanmu?” Ia menjawab: “Tuhanku ialah Allah!”
Mereka
bertanya lagi: “Apa agama mu?” Ia menjawab: “Agamaku ialah Islam!”
Mereka bertanya lagi: “Siapa dia orang yang telah diutuskan dalam
kalangan kamu)?” Maka kalau si mati seorang yang beriman, ia akan
menjawab dengan berkata: “Orang itu (Muhammad s.a.w) ialah hamba Allah
dan RasulNya, aku mengetahui serta meyakini bahawa sesungguhnya tiada
Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya
Muhammad itu ialah hamba Allah dan RasulNya!” Mereka berkata kepadanya:
“Kami
sedia mengetahui bahawa engkau mengakui yang demikian”; (Dan pada satu
riwayat oleh Abu Daud bahawa Baginda s.a.w bersabda: “Lalu diseru oleh
penyeru dari langit katanya: “Sungguh benar hamba-Ku, maka bentangkanlah
kepadanya satu hamparan dari Syurga, dan pakaikanlah dia pakaian dari
Syurga, serta bukakanlah baginya sebuah pintu ke Syurga”. “Rasulullah
s.a.w bersabda lagi: “Lalu datang kepadanya sebahagian dari bau Syurga
dan keharumannya ); kemudian dilapangkan kuburnya seluas tujuh puluh
hasta persegi, dan diberikan cahaya yang menerangi kuburnya; kemudian
dikatakan kepadanya: “Tidurlah!” Lalu ia berkata:
“Bolehkah
aku balik kepada keluargaku supaya dapat aku ceritakan kebaikan halku?”
Dua Malaikat itu berkata kepadanya: “Tidurlah seperti tidurnya
pengantin yang tidak dibangkitkan dari tidurnya melainkan sekasih-kasih
ahlinya; Demikianlah halnya sehingga ia dibangkitkan Allah dari tempat
baringnya itu. Jika si mati itu seoarang munafik, ia menjawab pertanyaan
Malaikat itu dengan katanya: “Aku dengar orang berkata demikian, maka
aku pun turut berkata sama; aku tidak tahu benarkah atau tidak”. Lalu
dua Malaikat itu berkata:
“Memang
kami tahu engkau berkata demikian”; (dan menurut satu riwayat oleh Abu
Daud: “Lalu diseru oleh penyeru dari langit katanya: “Sesungguhnya orang
itu berdusta maka bentangkanlah kepadanya satu hamparan dari Neraka,
dan pakaikanlah dia dari Neraka, serta bukakanlah baginya sebuah pintu
ke Neraka”. Rasulullah s.a.w. bersabda lagi:
“Lalu
datang kepadanya sebahagian dari bahang NERAKA dan udara panasnya)
kemudian diperintahkan bumi supaya mengapitnya lalu bumi mengapitnya
sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya, maka tinggallah ia dalam
azab itu terus menerus ke masa Allah bangkitkan dia dari kuburnya.”
No comments:
Post a Comment